Takaful dan Insurance Islam yang halal di Malaysia                                    ENGLISH


TAKAFUL INSURANCE

             Takaful Insuran.com mengupas persoalan takaful dan insuran di Malaysia yang halal mengikut Islam. Ramai rakyat        Malaysia keliru tentang insuran dan takaful serta halal haram dalam Islam.


 

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN

TAKAFUL

 

PRODUK TAKAFUL

 

KEPENTINGAN TAKAFUL

 

EJEN TAKAFUL

 

TAKAFUL PENIPU

 

BUKU TAKAFUL

 

BLOG TAKAFUL

 

Takaful di Malaysia diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
Perbezaan takaful dan insuran

Takaful hayat dan takaful perubatan adalah berbeza

Tuntutan takaful (bayar bil dahulu dan tuntut VS kad perubatan)

Kenapa takaful hayat penting di Malaysia

Kepentingan takaful perubatan di Malaysia

 

Takaful di Malaysia diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

 

Syarikat yang mengendalikan perniagaan takaful di Malaysia perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu terutama yang membabitkan Syariah sebelum diberi lesen takaful oleh Bank Negara Malaysia (Seksyen 6 Akta Takaful 1984). Syarikat tersebut mestilah melantik Badan Penasihat Syariah bagi memastikan perniagaan dijalankan berlandaskan Syariah (Seksyen 8 Akta Takaful 1984).

 

 

 

Perbezaan takaful dan insuran

 

Insuran merupakan kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (jika ada). Manakala takaful pula merupakan kontrak menderma dan tolong-menolong (bukan membeli polisi) kepada satu tabung bagi membantu sesiapa yang dilanda musibah.

 

 

 

Takaful hayat dan takaful perubatan adalah berbeza

 

Ramai rakyat Malaysia yang terkeliru membezakan perkataan hayat dan perkataan perubatan atau kemalangan. Takaful hayat biasanya melindungi kes-kes berprofil tinggi seperti kematian, kecacatan kekal, kecatatan separa, penyakit kritikal dan pembedahan kritikal. Manakala takaful perubatan dan kemalangan melindungi kes-kes seperti kemalangan kecil, pembedahan biasa, kemalangan yang tidak melibatkan kecacatan dan penyakit-penyakit tidak kritikal seperti denggi dan sebagainya tertakluk kepada pelan persetujuan yang telah dipersetujui semasa perjanjian dibuat.

 

 
 

Bayar bil kemudian tuntut VS kad perubatan

 

Kad insuran atau kad perubatan memudahkan mangsa dikenali sebagai pemegang kontrak takaful terutama dalam situasi kritikal tanpa memerlukan pembuktian melalui kontrak asal yang biasanya disimpan di rumah. Kaedah pembayaran bil pula akan melibatkan tuntutan hospital terus kepada syarikat takaful tanpa memerlukan pembayaran sendiri oleh mangsa. Ini bermaksud mangsa tidak perlu risau tentang masalah kewangan untuk membayar bil tambahan pula terpaksa melalui prosedur tuntutan dengan syarikat takaful.

 

Kembali ke atas

 

 

Kenapa takaful hayat penting di Malaysia

 

Tiga sebab utama iaitu (1)hutang yang bakal ditinggalkan (kematian dan kecatatan kekal), (2)tidak berupaya bekerja mendapatkan pendapatan (kecacatan kekal) dan (3)rawatan kes berprofil tinggi adalah bukan percuma. Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan kontrak insuran atau takaful hayat kerana pembiayaan rawatan bagi penyakit kritikal memerlukan perbelanjaan besar walaupun di hospital kerajaan.

 

Kembali ke atas

 

 

Kepentingan takaful perubatan di Malaysia

 

Sebab utama ialah mendapatkan perlindungan bagi kes-kes kecil dengan lebih cepat dan selesa melalui perkhidmatan di hospital swasta. Kes-kes kurang kritikal seperti melecur, kepatahan yang tidak serius, pembedahan biasa, mata, telinga dan sebagainya biasanya memerlukan masa yang lama bagi mendapatkan giliran rawatan atau pembedahan di hospital kerajaan. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa menggalakkan penubuhan pusat rawatan swasta bagi memangkin hospital kerajaan seterusnya memberi keselasaan kepada rakyat Malaysia.

 

 

Kembali ke atas

 

TAKAFUL HAYAT

KEMATIAN

HILANG UPAYA KEKAL

KEMALANGAN MAUT

SAKIT KRITIKAL

PEMBEDAHAN KRITIKAL

 

 

TAKAFUL PERUBATAN

KEMALANGAN RINGAN

RAWATAN HOSPITAL

PEMBEDAHAN BIASA